Apakah Kamu BerDoa...

"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh

membimbing saya dunia dan akhirat"




Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun

pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami

soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?

Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis

untuk mendapatkan ''lelaki soleh'' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh

amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan

solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah

memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia

kata dia mahukan suami yang soleh. Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si

suami kejutkan suruh solat tahajud. "Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si

gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk

solat tahajud, dia marah-marah pula. Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah.

Islam mewajibkan wanita tutup aurat.

Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan

pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan

memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini.

Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan

anda bantah pula cakapnya! Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah

sahaja - ''berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari''. Ini kerana jihad fisabilillah

adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga

dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak

disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya

pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai ''rumah keduanya''. Ini pun ada

wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat

kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini

menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu.

Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda

marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan

dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak

dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela

kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar.

Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.Demikian

banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat

suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang

soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri.

Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan

suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah.

Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan

pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.



**Sumbangan muchlisah