Kenapa yahudi 'menang', kenapa bukan ISLAM !!!!

Subject: Kenapa yahudi 'menang', kenapa bukan islam?



Mungkin subjek title di atas agak kasar, tapi petikan di bawah boleh membantu memberi kefahaman dan iktibar untuk kita. Petikan di ambil dari Forum Kampung.

p/s: Mungkin sesekali perlu mendengar forum2 perdana di TV1, setiap malam jumaat (9.30 mlm) dan Halaqah di TV9 setiap malam ahad (9.00 mlm).Esp pada sesiapa yang tiada kesempatan untuk ke surau, masjid bagi menghadiri usrah. :-)

Malam tadi kat tadi kat TV9 ada rancangan Halaqah, yg di pengerusikan oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman, panel jemputan dia aku lupa pulak namnaya, tapi pensyarah UIA yg selalu keluar TV tu, dgn PensyarahUISelangor, Ustaz Ravi (convert).
So, diorang diskas mengenai yahudi yg melampau skang ni terhadap orang islam.Dalam konteks ni, kedua2 ustaz jemputan tu telah menunjukan something yg aku jarang tgk di kaca tv. Iaitu penerangan mendalam mengenai -iman yakin terhadap kuasa Allah! Sebab selalunya kat TV ni ustaz2 akan citer pasal kena ada senjata kuatlah, teknologi lah..tapi malam tadi, cukup berlainan. Terasa kekuasaan Allah Taala yg boleh mengubah segala keadaan dunia sekarang ni.
Antara bende yg di kupas semalam adalah mengenai kenapa umat islam di tindas skang ni.



Ustaz UIA tu suruh kita kenang kembali peristiwa masa Nabi s.a.w nak
sebarkan islam. Berapa belas tahun kah yang Allah s.w.t 'susah'kan Nabi
s.a.w dengan pelbagai ujian?
Dan pada suatu hari, (hari Israk Mikraj), Allah telah 'memujuk' Nabi
s.a.w dgn menaikan baginda ke langit..Dan Allah s.a.w telah memuliakan
Nabi s.a.w.
Ustaz tu jugak citer satu fakta/sejarah menarik yang aku tak pernah dgr
sebelum ni. Dia kata, masa nabi solat di masjidil Aqsa, punya mulianya
Nabi kita, Allah bangkitkan kesemua Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu
dan menjadi makmum dalam solat tu, serta Nabi S.A.W menjadi imamnya.
(point dia- kalau nabi-nabi yahudi ni pun boleh menjadi makmum belakang
nabi kita, kenapa umat nabi2 tu (yahudi) takleh nak ikut ajaran Nabi
Muhamad S.a.w?
Dan berbalik pada kisah berbelas tahun Nabi s.a.w di uji, dan pada
akhirnya, Islam menag jua.Iaitu setelah uma islam mencapai satu
'piawaian' yg di kehendaki oleh Allah. Dlm konteks ni, piawaian yg
dimaksdukan adalah 'Iman/Yakin' pada Allah dan Nabi s.a.w.
Jadi, ustaz tu menerangkan, sama jugak dgn kita. Skang ni memang nampak
kita di tindas oleh yahudi. Tapi, kalau Allah nak bagi menang,Kun Fa Ya
Kun je. Cuma, adakah kualiti kita umat islam ni menepati piawaian yg di
tetapkan?
Ustaz tu jugak citer, Hak menjaga masjidil Aqsa, adalah sama dgn hak
menjaga masjidil Haram.Iaitu, kita tgk, kalau masjidil haram cuba di
sentuh, satu dunia dah bising, tapi untuk masjidil aqsa, kenapa sampai
kena mcm skang ni?
Dia juga menyebut, Yusof Qardhawi dalam satu khtbah dia menyebut
"Kesilapan umat islam zaman ini adalah, kita tak di terapkan perasaan
sayang kepada Masjidil al-aqsa sama mcm sayangnya kita pada masjidil
Haram"


So, tiba giliran ustaz ravi pula untuk menupas hal tu. Dia kata, macam
mana kita nak menjaga masjidil haram/masjidil aqsa? Mampukah kita? kalau
nak tgk kemampuan kita menjaga masjid2 besar ni, kita tgk dulu kemampuan
kita menjaga masjid yg ada di kawsan rumah kita. Semayang subuh pun 5
orang, camna Allah nak bagi menang?
Dia kata lagi, Ada satu hadis " Umat ini (islam) tidak akan berjaya
selagi solat subuhnya berjemaahnya belum seramai solat jumaatnya"
(mahfum hadis).
So, maksud hadis tersebut adalah, bukan setakat satu atau dua masjid yg
perlu bersifat demikian, malah satu dunia punya masjid kena ada kriteria
tu! Dan akhir zaman ni, kalau tak silap aku, 1/3 jumlah dari solat
jumaat pun, aku rasa Allah dah terima..cuma bila kita nak buat?
Yakin tak janji Nabi s.a.w (bila kita penuhkan saf2 solat subuh
berjemaah mcm solat jumaat, nescaya boleh menang)