Lawak 1

Matahari

>Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
>Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
>Orang gila 2 : "Tahu apa?"
>Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya
>tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
>Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku
>mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."
>Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa
>yang berlaku:
>Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
>Dokter : "Kenapa?"
>Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat
>tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
>Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
>Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini
>nanti..."
>Dokter : "???"
>
>
>Setem
>Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di
>negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan
>kediktatorannya.
>
>Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat
>pos.
>
> Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan
>beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamirkan mempunyai
>gambar-gambar Raja.
>
> Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya
>menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya.
>
>Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah
>tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau
>mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal
>dengan setem wajahnya.
>
>
>Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya
>mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah
>mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana
>semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah
>di bahagian hadapan setem.
>
>
>Cuti Sakit
>Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar
>sebagai ibunya.
>
>Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6
>hijau?
>
> Cikgu : Ya, saya.
>
> Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana
>sakit.
>
> Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
>
>Salmah : Emak saya...
>
>
>Masjid Jamek
>Pada suatu hari yang damai, Tipah berjalan menuju ke stesyen LRT yng
>berdekatan dengan rumahnyer. Sesampainyer dia di situ, dia terus bergerak
>ke kaunter dan dengan senyuman yang menyeringai dan ramahnyer dia terus
>bertanya,
>
> "Kak ....Masjid Jamek berape?".
>
> Akak jaga kaunter tu kebetulan pulak baru dapat call dari kawan dia.
>Kawan dia report yang suami dia tgh dating ngan awek lain. Dengan rasa
>marah dan poyo yg masih bersisa maka akak kaunter pon jawab, " Masjid Jamek
>ade satu jek."
>
>
>Parti
>Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pul au Pinang kerana
>dinaikkan pangkat.
>"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah
>menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian
>saya" kata Hamid kepada Wahub.
>"Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub.
> Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."
>
>
>Temuduga warden
>Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden
>sebuah penjara.
>Pegawai :Awak ada pengalaman ke?
>Pemuda :Tak ada.
>Pegawai :Awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini.
>Pemuda : Kenapa tuan?
>Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
>Pemuda : Ooohhh...tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya
>keluarkan je!!

*NieeNaa*
*Frens 4ever*