SAM vs DOL

>SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
>
>DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib
>baik tak mati.
>
>===================================
>
>SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
>
>DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2
>Ringgit
>
>===================================
>
>SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati
>lemas?
>
>DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
>
>===================================
>
>SAM: Semalam aku nampak hantu!
>
>DOL: Uih! kau terkejut tak?
>
>SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
>
>DOL: Mana kau tahu?
>
>SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
>
>===================================
>
>SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
>
>DOL: Gula dah habis!
>
>SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
>
>DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
>
>===================================
>
>SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini
>kau, mesti dia suka.
>
>DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena
>potong!
>
>===================================
>
>SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
>
>DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9
>orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah
>tahu...
>
>===================================
>
>SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
>
>DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan
>lebih baik lagi.
>
>===================================
>
>SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
>
>DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG
>LAGI"

*NieeNaa*
*Frens 4ever*