Kelebihan Batu Kristal
Sejak zaman dahulu lagi, masyarakat di seluruh dunia termasuk orang-orang cina ,india dan masyarakat islam menggunakan batu permata untuk kesihatan. Kaedah ini adalah cara terapi alternatif untuk menyokong keseimbangan kesihatan manusia secara emosional , mental dan fizikal.
Kaedah ini mempunyai asas saintifik di mana kajian mendapati getaran warna (color vibration) boleh membantu dalam kesihatan tubuh manusia. Dari segi saintifik, semua hidupan dan jisim di dunia ini mempunyai medan elektro-magnetik yang dikenali sebagai Schumann Resonance Frequency.
Kajian ini menunjukkan bahawa getaran elektro-magnet hidup-hidupan SchumannResonance Frequency adalah 7.83 hertz. Pancaran ini hanya boleh didapati daripada batu permata asli kurnian Tuhan dan bukan kaca buatan Manusia.
Getaran cahaya adalah getaran tenaga dari beberapa wavelength elektro-magnetik. Ia merangkumi
spektrum 300-700 nanometer yang membantu meningkatkan kesihatan dan keseimbangan manusia. Badan kita boleh menyerap tenaga cahaya ini daripada getaran tenaga batu permata atau kristal yang kita pakai. Kegunaan getaran cahaya dan warna boleh membantu dalam terapi beberapa jenis penyakit yang dialami oleh manusia.

No | Masalah | Warna | Jenis Kristal | Cara Penggunaan |
1 | Darah tinggi | Biru | Blue sapphire,Lapis Lazuli |
Pakai gelang di tangan seperti biasa, Letak di meridian 4, 5 & 6 secara bergilir setiap 20 minit semasa rehat
|
2 | Sembelit/Angin dalam perut/ Sakit perut | Kuning | Yellow quartz, Citirine, Yellow agate |
Pakai gelang di tangan seperti biasa, Letak gelang di meridian 2 (atas pusat) semasa rehat
|
3 | Sakit sendi | hematite | Hematite |
Pakai gelang seperti biasa, letak di meridian 2 semasa rehat
|
4 | Mengurangkan berat badan | hematite | Hematite |
Pakai gelang seperti biasa, letak di meridian 2 semasa rehat
|