Lawaknyeee...

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri
oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua
orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and
membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu
bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila
berdiri di tempat kamu". Selepas mendengar amaran
lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada
jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih
kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di
tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka
tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil
berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang
hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan
sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut
berpaling dan meninggalkan jemaah....Sekian. Macam
mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas???
Selain terhibur, anda fikirlahlah... "Lawak kan, dari
1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul
beriman... ", " Lawak kan berapa banyak manusia yang
mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua
lelaki tadi hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru
kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak
sembahyang jumaat lagi...", "Lawak
kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu
pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya...", "Lawakkan, ramai orang
percaya kepada gossip dan apa yang ditulis oleh
surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-
Quran", "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia
hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal,
tapi berlumba-lumba mengejar dunia", "Lawak kan, kita
boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend
berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH, alahai.. tak
cukup masa.... Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh
post banyak thread atau email yang berunsur lawak
jenaka kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi
dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama. Lawak
kan???