Misteri kecantikan

Misteri kecantikan

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda,
sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah
hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan
dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan
seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu
tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar
dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau
tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa
berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.Maka itu, usah
hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal
ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi
kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung
kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.
Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara
manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai
cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai
cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan
yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai
cantik ada orang suka yang hitam.


Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada
orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih
menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi
ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih
mengancam.


Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok
manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka,
para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher
masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut
penilaian masyarakat ini.


Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut
yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran
kelompok
ini.
Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi
berbentuk bulat
di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke
semasa.


Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah
terlalu
susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda
tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan
sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya
jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda
terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman bukan
cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang
mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa
kelebihan yang ada pada diri anda. Sebenarnya tiada manusia yang
buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang
Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah
dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau
keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati
baiklah
seluruh

badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai
kecantikan
itu

iman yang teguh, kukuh dan
padu.


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu
kita
tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali
menghadap
cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin
akan
memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan
keegoan anda yang
menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia
semuanya
tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta
mungkin
mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan
yang
sepuluh juta
itu.


Itu saja yang
membezakan.

*NieeNaa*
*Frens 4ever*