Ribena ada arak

> LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan
> menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita
> menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
>
>Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena
> dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu
> mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan
> tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan
> arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar
> yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum
> arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas
> jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit.
>
> Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada
> bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek
> keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih.
>
> Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1
> peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka
> kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum
> arak meskipun pada paras yang teramat rendah.
>
> Pengerusi Masjid Jamik Birmingham,
> Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang
> itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak
> dinyatakan dengan jelas pada label.
>
> "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman
> ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,"
> katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed
> Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak
> beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak
> kedainya.
>
> Minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus
> mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang
> disediakan untuk Ribena.
>

************************************
aku rasa kat LONDON je kot ribena ni haram...kat mesia ada status halal