Soalan Lazim Puasa Dengan Jawapan Ringkas

Soalan: Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur,
adakah sah puasanya?

Jawapan: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus
buang makanan yang ada di dalam mulutnya.


Soalan: Seseorang yang mengalami keadaan air liur yang terkumpul di dalam
mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
.
Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang
dari rongganya.


Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa
kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?

Jawapan: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda
Rasullah s.a.w yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dengan
keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki
yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya”.


Soalan: Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hati
seseorang tidak berat sangka bahawa esoknya masuk Ramadhan?

Jawapan: Tidak sah niat tersebut.


Soalan: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau
perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?

Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri
b. Kerana menjaga kesihatan anak
Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada’ sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya,
wajib qada’ dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qadha’ sahaja.


Soalan: Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadha puasa untuknya?

Jawapan: Tidak boleh diqadhakan puasa kepada orang yang masih hidup.


Soalan: Apakah hukum bersahur?

Jawapan: Hukumnya sunat.


Soalan: Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka bila tiba waktunya?

Jawapan: Sah puasa tapi di galakkan mempercepatkan berbuka bila tiba waktu
berbuka.


Soalan: Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan
Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?

Jawapan: Pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan
adalah berganda.


Soalan: Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?

Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.


Soalan: Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?

Jawapan: Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan
wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin
itu tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga
kesihatannya dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain.