Wanita OH Wanita

Ada masalah dengan gadis idaman anda?:

Jika anda layan dia baik-baik, dia kata anda cinta padanya;
Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda mainkan dia.

Jika anda berpakaian kemas, dia kata anda mahu memikat gadis lain;
Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda pokai.

Jika anda bertengkar dengan dia, dia kata anda salah;
Jika anda berdiam diri, dia kata anda tak guna.

Jika anda lebih bijak dari dia, dia akan merasa tidak adil;
Jika sebaliknya, dia kata anda kureng..

Jika anda cinta padanya tapi tidak berbalas, anda tarik diri;
Tapi dia kata anda tinggalkan atau elakkan diri darinya.

Jika anda tidak pegang dia, dia kata anda tidak cinta padanya;
Bila anda pegang dia, dia kata anda gatal.

Jika anda beritahu dia masalah anda, dia kata anda banyak masalah dan tak guna;
Bila anda tidak beritahu, dia kata anda tidak percaya dan tidak cinta padanya.

Jika anda terlalu ambil berat pada dirinya, dia kata lelaki lain lebih ambil berat;
Jika anda tidak buat begitu, dia pilih yang lain.

Jika anda pandang-pandang gadis lain, dia kata anda playboy;
Jika anda tidak pandang, dia akan pandang lelaki lain.

Jika anda kerap telefon dia, dia tak akan telefon anda;
Jika anda tidak telefon dia, dia akan terlalu kerap telefon anda hingga mengganggu anda pula.

Jika anda hantar ini kepada perempuan, dia kata ini tidak betul;
Tapi bila anda tidak buat begitu, dia kata anda pentingkan diri sendiri..

Wanita amat sukar dipuaskan..

Macam-macam ada ngan orang perempuan ni…
Makhluk yang sukar untuk difahami… Betulkan?


MORAL:

Sebab itulah Allah jadikan wanita untuk jadi teman seumur hidup kepada lelaki agar lelaki punya masa untuk memahami sikap wanita. Siapa yang sudah berkahwin mungkin setuju bahawa setelah berkahwin semakin banyak perkara lagi yang tidak difahami oleh suami mengenai sikap isterinya. Begitu juga sebaliknya. Dulu saya pernah terbaca pengakuan seorang suami sejurus sebelum kematiannya: "Hingga kini, saya tidak faham perangai isteri saya...".

Wanita gemar jadikan lelaki kesayangannya jadi serba-salah. Mungkin jauh dalam hati mereka terselit perasaan mahu kontrol atau tidak mahu kalah dengan lelaki. Mungkin ada baiknya perangai begitu, saya pun tidak pasti. Kawan yang saya anggap seperti abang pernah menasihatkan saya semasa saya masih bujang dulu: "Jangan kau tunjukkan sayang sangat pada isteri kau (bila kahwin nanti) kerana itu akan menyebabkan dia pijak kepala kau...". (Maaf kaum wanita, saya tidak berniat untuk rendahkan kaum wanita, cuma mahu berkongsi maklumat dan sebagai bahan renungan). Saya pun ingin baca komen saudara-saudara semua, mungkin pendapat kawan saya itu tidak tepat..

Saya terbitkan artikel ini untuk jadi renungan kepada mereka-mereka yang sedang mabuk bercinta. Jangan terlampau kerap berjumpa, nanti tidak jadi kahwin. Jangan terlalu kerap berjumpa, nanti terjadi hal-hal yang tidak elok. Jangan terlalu kerap berjumpa, nanti pening kepala. Kalau datang ke rumah bakal bapa mertua dan berjumpa, itu lebih baik dan lebih sopan. Jangan bercinta lama-lama, nikahlah segera.

Sekarang ini ramai juga anak muda yang ingin kahwin segera. Macam mi segera pula dibuatnya. Kahwin dulu itu salah. Bukan salah lagi, teramatlah salah, nikah dulu itu yang betul.

*NieeNaa*
*Frens 4ever*

Apa komen korang plak ????....