BENARKAH WANITA MEMERLUKAN SEORANG LELAKI..!!!!!!?????????

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo – Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara.Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada - Barangkali daripada si dia,barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili terutama ibu yang mengandung dan melahirkan, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih.Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati – Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang,kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga,menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan lelaki idaman jiwa yang dapat memberi kite kebahagian dan kesenangan akhirat dan dunia.

Persoalan yang sama boleh juga kita tanyakan kepada pihak lelaki..mengapa LELAKI memerlukan WANITA di dalam hidupnya? Perlu ke seorang lelaki mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya hanya kepada sorang wanita?

Tidak semua orang berperasaan begini. Mungkin ada yang merasakan berjalan dengan kawan-kawan lagi best tapi tak mustahil ada segelintir yang merasa jalan bersama dgn orang yang tersayang lagi hebat best nya hingga tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Erm.. waktu kita belum terikat la sebenarnya kita punya masa dengan kawan2. kalo dah kahwin nanti konpem la kita akan berkepit 24 jam dengan laki kita kan? Malah kalau nak keluar dengan kawan2 pun kena mintak izin suami. So tak kannak luang kanmasa dengan kawan2 sebelum kahwin tak bole kot?tapi lain orang lain cara sebab maybe ada gak orang yang kalo bole tak nak tunjuk muka kekasih hati dengan kawan2.konon2 nak surprise waktu persandingan sahaja.. hehehe lain orang lain ragam..

Sudah menjadi lumrah setiap insan tak kira lelaki mahupon wanita untuk dicintai dan disayangi. Tapi dalam hal ini kita diberi kuasa untuk memilih. Kita berhak mana 1 yang kita rasa kita nak jadikan sebagai pendamping di kemudian hari. Cuma kadang2 pilihan tuh jek yang sedikit tersasar. Masa nih la baru timbul penyesalan dengan pilihan yang salah. Tapi sebenarnya daripada perkara2 tersebut la membuat kita jadi lebih matang dalam meneruskan kehidupan.. pengalaman lagi berharga..

Ya cinta memang tak boleh dipaksa-paksa tapi tak mustahil kita sendiri yang memaksa untuk menerima. Contohnya dengan alasan sebab dia je yang nak kat aku, so aku terima la..agak lucu dialog nih tapi kita sudah biasa dengar. Tak salah rasanya kalo kita berusaha mencari cinta. Bukankah Allah akan membalas setiap apa yang kita lakukan/usahakan? mungkin ada yang berasa malu untuk memulakan sebab kita wanita. Tapi lupa kah kita sedangkan khadijah sendiri dgn sepenuh hati meminang Muhammad. Bukankah khadijah juga seorang wanita? Jika kita lapar, bolekah kita kenyang jika kita tak berusaha untuk mendapatkan sesuap nasi? Tapi tak dinafikan, maruah seseorang wanita itu terletak pada malunya.. tapi malu di sini bergantung pada konteks situasi. Selagi benda tersebut tidak bercanggah dengan hukum hakam agama ia tidak perlu dijadikan isu.

Ya memang tuhan telah janjikan..wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Setiap yang dijadikan itu berpasangan. Lelaki dengan wanita. Cantik dengan yang buruk, gemuk dengan yang kurus, pendek dengan si tinggi.. tapi cubakita hayati sebenar adakah kita betul2 menghayatinya. Cubaanda perhatikan sendiri jika rakan anda yang kecil molek sedap dipandang, tiba2 dia berkasih sayang pula dengan seorang lelaki yang kurang fizikalnya kerana gemuknnya dan kurang memikat wajahnya. Apa yang akan berdetik di hati anda? Dan cubapula anda bayangkan, jika seorang wanita yang gempal badannya berkasih sayang dengan seorang lelaki mungkin saja handsome Brad Pitt adakah mulut manusia akan hanya berdiam diri? Kita tidak tau apa yang mereka rasa kerana mungkin kita tak mengalaminya. jadi di sini mana satu yang perlu kita ikut? cantik lawannya buruk ataupun pipit dgn pipit..enggang dgn enggang..?

Lidah lagikan tergigit apabila kita memutuskan diri kita untuk bercinta (menerima seorang lelaki dalam hidup) ini bermakna kita sudah pun membenarkan diri kita bermain dgn api. Kita sudah pun membenarkan diri kita untuk dilukai. Kita sudah pun membenarkan diri kita untuk melukai. Malah kita sudah pun membenarkan diri kita di himpit dosa2 walaupun dalam sedar. Selagi kita bernama manusia selagi itu lah kita tak akan dapat menghindari hasutan syaitan laknatullah. .

Erm..pesan orang tua-tua, kalau mencari pasangan carilah yang kamu senang berkata-kata dengannya, setia mendengar cerita kamu kerana kita memerlukan mereka ini untuk menjadi peneman di hari tua. Kerana ketika itu mereka lah yang akan mendengar kata2 kita, luahan rasa, kesedihan, kegembiraan yang akan dikongsi. dalam konteks ini saya pun kurang pasti sebenarnye apa motif sebenar kita berkasih sayang (bercouple)? sedangkan kita hanya berkongsi kegembiraan bersamanye.. waktu kita susah siapa agaknya dulu yang kita cari? sahabat?rakan? keluarga? ataupun anda memang mencari si dia juga?

Mungkin sebagai teman di syurga kalo sudah ditentukan Allah. Keluarga lagi penting dari menuruti hati muda kita. Tak kankita sanggup mengetepikan ibu bapa hanya semata-mata nak hidup dengan orang yang kita baru kenal hati budi nya? Orang cakap pilihan keluarga pilihan yang terbaik..tapi kadang2 terpikir jugak betul ke? Erm..tapi kalo kita berusaha bukti kanyang pilihan kita tuh memang betul2 the best tak mustahil one day our family akan restui hubungan itu.

Betol. Dan kebanyakan mereka yang berkahwin terdiri daripada mereka2 yang tak pernah bercouple waktu sekolah, selekeh jek..hehhe tuh la kankalo dah sampai jodoh, aper nak jadi akan berkahwin jugak akhirnya. Malah orang yang kononnya ramai peminat waktu di sekolah dulu hinga sekarang masih single.

Betapa beruntungnya menjadi seorang wanita ..

Yang bersih hatinya..

p/s: biarla apa2 yang kita lakukan itu bermotif dan berniat baik..nescaya segala yang diimpikan insya allah menjadi kenyataan cuma kita tidak tahu waktu sebenarnya..