Lanjutan: Ilmu Hitam - Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda Kenali.

Lanjutan: Ilmu Hitam - Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda Kenali.

> NOTIS PENTING!!! SEBARKAN KPD WANITA YG ANDA KENALI.
>
> Kebelakangan ini, sebahagian kawasan di Kuala Lumpur diresahkan oleh
>kejadian mengerikan yang terjadi hampir setiap hari. diberitakan ada
>seorang pengamal ilmu hitam yang berkeliaran di daerah-daerah di Kuala
>Lumpur, sebahagian besar Selangor dan juga Negeri Sembilan.
>
> Sasarannya adalah wanita, tidak kira muda atau tua dan tidak mengira
>paras rupa. Penjahat ini berhasrat untuk memperkosa 2000 wanita agar dapat
>menyempurnakan ilmunya. Sampai ke saat ini sudah beratus-ratus mangsa yang
>berjaya diperkosanya dan kebanyakan terjadi di rumah-rumah kediaman
>wanita-wanita tersebut.
>
> Pihak polis tidak dapat mengesan penjenayah ini kerana kesaktian
>ilmunya. Cara orang ini melakukan kejahatannya ialah dengan menjelmakan
>diri menjadi seekor nyamuk kecil, kemudian menyusup ke kamar wanita yang
>sedang tidur, menjelma semula menjadi manusia dan dengan kejam dan ganasnya
>memperkosa mangsanya.
>
> Amat sukar bagi pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah ini kerana
>setelah selesai memperkosa gadis-gadis dia akan menjelmakan semula dirinya
>menjadi nyamuk dan ghaib dari tempat kejadian. Sudah beratus ahli ilmu
>kebatinan dari segenap ceruk rantau termasuk dari Indonesia telah dibawa
>untuk membantu pihak
> polis mengesan dan mengalahkan penjenayah ini.
>
> Tetapi malang sekali kerana ilmu yang ada padanya cukup tinggi dan tak
>termampu untuk ditandingi oleh sesiapa dan hingga ke saat ini dia dikatakan
>masih berkeliaran di sekitar Lembah Kelang dan Puchong untuk mencari korban
>seterusnya sehingga berjaya memenuhi tuntutan ilmu hitamnya iaitu harus
>memperkosa sehingga 2000 orang.
>
> Bagi wanita yang sering tidur bersendirian, mengunci pintu bilik dan
>lain-lain pintu bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana dengan mengunci
>pintu bilik, orang lain tidak dapat memberikan pertolongan dengan segera.
>seandainya perkara yang tak diingini berlaku keatas diri anda. Sekali lagi
>sampai ke saat ini belum ada yang mampu untuk mengalahkan ilmu si siluman
>nyamuk ini kecuali hanya ada satu penangkal yang sangat mujarab iaitu :
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> RIDSECT
>
>
>
>
>
>
>
> Membunuh Serangga Dengan Berkesan.



* *NieeNaa*
*Frens 4ever*