x call x bererti x ingat

>x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,
>x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,
>x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah
>fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.
>
>kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,
>org yg jarang call kita,
>org yg jarang senyum dgn kita,
>org yg kita jarang jumpa,
>adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.
>
>bersangka baiklah dgn Allah
>bersangka baiklah dgn mereka
>terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.
>
>salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
>x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita,
>kalau kita x luahkan masakan mereka tahu,
>x boleh expect org nak go after us each time,
>sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu
>diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn..
>soalan2 i.e bertanya kabar utk menguji...
>sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita
>adakah dia hanya sahabat ketika ketawa
>atau dia sahabat ketika mengalir air mata
>
>mmg susah nak meluahkan sesuatu
>terutama pada mereka yg kita tidak percaya
>tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita
>mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi
>tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri
>sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body
>walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya
>
>hidup manusia terlalu complicated
>bagi mereka yg menganggap hidup ini
>complicated dan hidup ini mudah
>bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah
>
>manusia itu bersifat ikhtiariah...
>boleh memilih apa yg dia
>mahu sbb dia ada akal
>
>andai kita pilih utk hidup dgn mudah
>maka kita akan dpt hidup dgn mudah
>andai kita pilih utk hidup susah
>maka kita akan dpt utk hidup susah
>
>andai kita pilih utk hidup sebagai pejuang maka kita akan berusaha utk
>hidup sebagai pejuang
>
>Allah sayangkan kita. Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah hanya
>mereka yg berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yang mendapat
>petunjuk.ukhuwwah fillah abadan abada'...
>
>Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
>Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
>Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
>Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
>
>Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa
>berlalu begitu saja...
>Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
>
>Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon... Allah
>SWT selalu berada disampingmu.
>
>Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak
>berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya.
>
>Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
>Allah SWT dapat menenangkanmu.
>
>Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang
>berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa
>ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu.
>
>Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT
>telah tersenyum padamu.Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi
>untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan
>namamu.
>
>Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU
>....... Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
>sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan
>yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
>pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
>
>Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi
>lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
>hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
>
>Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
>buaian dan berbuai brsama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
>pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
>pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita
>punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
>apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
>
>Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka
>akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
>Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia
>tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil
>masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
>seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
>sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
>
>Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
>kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan
>anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
>mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.
>Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan
>seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya
>dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke
>mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana
>anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
>perkara yang ingin anda lakukan.
>
>Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
>menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang
>cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
>cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam
>kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin
>menyakitkan orang lain juga.
>
>Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang
>terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang
>datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka
>yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka
>yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
>kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan
>senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
>
>Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah
>dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga
>anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
>
>Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
>tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah
>yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
>
>
>
>Kematian merupakan proses peralihan hidup bagi manusia
>dari alam dunia menuju alam akhirat
>atau dapat juga dikatakan kematian adalah merupakan batas terakhir
>dari masa kehidupan manusia di alam dunia
>dan permulaan hidup di alam kubur atau alam akhirat