Warna Pelangi Yang Ada Pada Kawan

~...KALAU TIADA SAUDARA MARA DAN SAUDARA KANDUNG, KAWAN ADALAH SEGALA GALANYA. HIDUP SEBATANG KARA, KAWAN AMAT BERMAKNA BUAT KITA...~

Pentingnya kawan, kadang kadang kita lebih memerlukan mereka daripada ibu bapa. Ramai orang sanggup berkorban demi kawan.Sanggup bersusah payah demi kawan dan sanggup melakukan apa saja demi kawan.

Kenalilah kawan anda. Mereka kadang-kadang membawa rahmat kadang-kadang membawa bencana. Usah lupa istilah kawan makan kawan; harapkan kawan, kawanlah petualangnya.

Sekurang kurangnya kawan boleh dinilai melalui warna pelangi. Kategorikan kawan-kawan anda mengikut warna pelangi yang akan saya berikan definisi-definisinya. Buat permulaan anggap semua kawan adalah sebenar-benarnya kawan. Mereka itu dalam persaingan untuk diistilahkan sebagai sahabat.

Kawan-kawan kita semuanya datang dengan membawa warna-warna tertentu. Ada yang datang dengn warna:-

HIJAU - Mereka ini adalah orang yang sentiasa melihat sesuatu daripada sudut yang positif. Mereka meletakkan harapan pada segalanya. Mereka memberikan ketenangan pada kita. Dalam keserabutan mereka seolah-olah membawakan kandil.

BIRU - Mereka datang dengan membawa kedamaian dan rasa tenteram. Mereka adalah warna biru yang selalunya menghiasi langit dan lautan.

KUNING - Mereka membawa keceriaan dalam hidup kita. Mereka datang dengan membawa pelbagai jenaka yang membuatkan kita tertawa. Mereka juga ibarat bintang yang mengerlipkan hidup kita tatkala kita bersedih.

MERAH - Mereka selalu mengingatkan kita tentang undang-undang kehidupan dan menyarankan kita berubah tatkala kita lemah dan tiada wawasan. Mereka datang dan membakar semangat kita untuk bangkit dan terus melangkah.

OREN - Mereka membawa penunu yang sentiasa menghangatkan keinginan kita untuk gemilang dan cemerlang. Mereka memberi kita tenaga dan vitamin untuk berkembang.

KELABU - Mereka mengajar kita untuk senyap, mendengar dan menerima keadaan. Mereka mengajar kita mengenali diri kita sendiri.

UNGU - Mereka adalah orang yang datang membawa kepintaran dan kebijaksanaan hinggakan kita turut menjadi pintar dan bijak sebagaimana mereka.

COKLAT - Mereka membantu kita undur tatkala patut berundur. Mereka memperlihatkan pada kita ilusi yang silap dan kembali berpijak di bumi yang nyata. Mereka juga mengajar kita untuk menikmati hidup seadanya.

PUTIH - Merekalah yang membantu kita meneroka dalaman kita sendiri, belajar tentang suara hati serta kejujuran-kejujuran yang telah sedia ada di situ, yang selalunya kita terlupa dan kita terlepas pandang.

Kalau kita gabungkan kesemua warna-warna ini, kita akan dapat kawan yang memenuhi semua kategori, bermakna kita akan mendapat kehidupan yang paling bermakna, kehidupan pelangi penuh tanggungjawab dan kasih sayang.

Jika anda melihat kesemua warna ada pada mereka - dalam erti kata lain seseorang kawan itu membawa kesemua warna apabila berdampingan dengan anda - dia layak dijadikan sahabat. Kawan adalah mereka yang sudi mendengar masalah anda tetapi sahabat sanggup menangis dengan kesusahan anda. Kawan adalah mereka yang meringankan bebanan anda tetapi sahabat sanggup memikulnya buat anda.

Lihat...saya tidak memasukkan HITAM. Andainya anda melihat ketidakjujuran menghiasi peribadai kawan-kawan anda, anggaplah itu hitam dan jauhilah mereka. Anda tidak rugi kehilangan mereka tetapi anda pasti rugi jika nanti kehadiran merakalah menyebabkan anda kerugian.

PILIHLAH SEORANG SAHABAT DARI SERIBU KAWAN.......


Petikan daripada:-
~...Siri Motivasi Oleh Dr. H.M. Tuah...~


--
*NieeNaa*
*Frens 4ever*